Sunday, 31 July 2011

Tragedi Port Dickson: Bala untuk Najib?

tragedi port dickson.
bala atau bencana alam..?

siapa yang tak tau ape yang berlaku?
sila baca entry ni smpai ke noktah paling hujung.
semalam Najib ada pergi ke majlis perbarisan di Port Dickson.
dan korang tau ke apa yang berlaku?




lepas tu korang nak tau ape yang berlaku..?


























ADAKAH INI BALA...???
- apabila seorang bayi kecil berumur 3 bulan terbang ditiup angin kuat ketika ribut berlaku dan hampir jatuh kedalam longkang yg bertakung dgn air.
ADAKAH INI BALA...???
- apabila banyak kenderaan rosak teruk apabila ditenggelami air di kawasan yg sebelum ini BELUM PERNAH banjir.
ADAKAH INI BALA...???
-apabila 2 buah kampung berhmpiran dgn tempat dukun ada semua banjir ditenggelami air.
ADAKAH INI BALA..???
- apabila beberapa biji kenderaan rosak dan hancur teruk apabila ditimpa pokok dan tiang2 elektrik..
ADAKAH INI BALA...???
- apabila 2 orang meninggal dunia ditimpa pokok ketika berada dlm kereta mereka.
ADAKAH INI BALA...???
- apabila khemah2 yg dipasak kuat di kawasan dataran lapang, terbang ditiup angin. yg mnjadi kehairanan,hanya khemah PDRM sahaja yg terbang dan hancur dibantai ribut, tetapi khemah2 kepunyaan tentera hanya mngalami sedikit shj kerosakkan..fikirkan..
ADAKAH INI BALA...???
- apabila gerai2 peniaga2 kecil habis hancur dibantai ribut dan bertaburan diatas jlanrya..
ADAKAH INI BALA...???
-apabila bumbung2 atap2 rakyat yg tinggal berhampiran kawasan dimana PM dan rosmah ada, habis terbang dan hancur berterbangan..
ADAKAH INI BALA..???
-apabila kubah masjid bagan pinang tercabut dari tiangnya dan terhempas ke bumi

ADAKAH SEMUA INI BALA APABILA RAKYAT TELOK KEMANG MENYATAKN DENGAN SEBENAR BENARNYA BAHAWA BELUM PERNAH BERLAKU RIBUT SETERUK INI, TATKALA SEORANG DUKUN DARI PUTRAJAYA HADIR BERSAMA SUAMINYA DI BUMI TELOK KEMANG INI...!!!


source: semutmalaysia

Saturday, 30 July 2011

Khairi Jalalludin minta Papa Gomo hentam Firdaus Madzlan

sape tak kenal Khairi Jalalludin..?
beliau adalah salah seorang JPMK Mesir
dan telah menghantar pulang seorang pelajar Mesir kerana menganjurkan BERSIH di mesir.
pelajar berkenaan bernama Mohd Firdaus Madzlan.

aku difahamkan, email beliau telah berjaya diHACK..
dan bawah ni adalah antara kandungan email beliau..


(sila klik atas gambar untuk lebih besar)




tengok la sendiri dan pahamkan lah betapa busuknya hati dia.

jom usha sikit camne muka khairi ni... huhu



muka suci tapi hati....?
wallahualam...

Friday, 29 July 2011

Siasatan kes Mat Sabu selesai

maaf lama tak update.
aku busy sikit.
bukan takde modal.
biasa la, aku bukan macam papa gomo
haha


sape baca paper arini berkaitan kes Mat Sabu 
katanya dah selesai.

petikan dari utusan.

GENTING HIGHLANDS 28 Julai - Polis telah melengkapkan siasatan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, kertas laporan berkenaan telah siap dan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG), baru-baru ini.
"Saya tidak ingin mengulas lanjut, namun kertas siasatan telah siap dan dihantar kepada AG," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.
Khalid turut memberitahu, beberapa kertas siasatan lain berkaitan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah dihantar kepada AG.
"Ada kertas siasatan telah dihantar kepada AG, malah ada juga yang dipulangkan semula kepada pihak polis dan kita akan hantar kembali dalam masa terdekat.
"Setakat ini apa yang boleh saya beritahu adalah siasatan kini pada peringkat akhir," jelasnya.
Ditanya tentang tarikh pendakwaan terhadap beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan Bersih, Khalid menjelaskan, ia bergantung kepada keputusan AG.
"Terpulang kepada AG dan kita masih menunggu keputusan itu, setelah pihak mereka menilai kertas siasatan yang dilakukan polis," katanya.

Tuesday, 26 July 2011

Utusan: Pas cukup profesional bohongi rakyat

melampau la kerajaan ni.
dorg cakap mat sabu putar belit dan ckp dilanggar proton waja selepas video polis dikeluarkan.
sebenarnye mat sabu dah bgtau awal2 lagi yg beliau dilanggar proton waja.
sebelum polis keluarkan video bodoh tu.

tengok video bawah ni kat youtube..
tengok tarikh diupload..
sebelum tarikh polis keluarkan video tu lagi..
dengar mat sabu ckap dia dilanggar proton waja.






tapi harini kita semua ada baca kat utusan zahid hamidi kata mat sabu menipu
dan membuat kenyataan dilanggar proton waja selepas polis keluarkan video..

sape yang menipu...?
ni aku bg bukti...
kalau tak dapat nak nilai lagi aku tak tau la korang ni darah jenis ape.
haha


petikan dari utusan meloya.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.
"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.
"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.
Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan.
Ditanya mengenai tindakan Mohamad menukar pendirian itu bererti dia mempercayai bukti dari rakaman video, sekali gus berbeza pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menganggap video sekadar besi, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu campur dalam soal itu.
"Soal antara Mat Sabu dan Hadi Awang saya tidak mahu campur, itu urusan parti berkenaan. Apa yang penting, saya minta masyarakat menilai siapa yang bercakap benar dalam isu ini dan berilah sokongan kepada parti yang terbukti memerintah dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mempunyai rakaman video mengenai pelbagai bentuk lakonan oleh pemimpin politik pembangkang ketika mereka menyertai demonstrasi Bersih dan berjanji akan mendedahkan pada masa yang sesuai.
Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ia bermakna Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai rakaman video tersebut, beliau sekadar berkata: "Saya tidak kata ATM, saya kata kita juga mempunyai video berkenaan, ia diserahkan oleh rakan-rakan dan orang awam."

Sunday, 24 July 2011

pemimpin UMNO memang suka hiburan, tak macam Kelantan..

bila orang BN nak sedar?
sibuk nak mengaku negara islam tapi still buat hiburan2 maksiat.
selagi BN yang memerintah macam ni la gayenye..
rakyat bergelumang la dengan maksiat.

sebagai contoh konsert JOM HEBOH TV3.
kan setiap kali penutupan dorg akan wat konsert nyanyi2.
penonton2 campur laki pompuan yang bukan muhrim.
yang menyanyi pulak artis2 yang terdedah aurat sana sini
pakai baju tak cukup kain
kat JAKEL kan kain murah2.




contohilah Kelantan.
walaupun pencacai UMNO selalu kutuk Kelantan tak maju,
sekurang2nya mereka berakhlak mulia dan terpuji drpd korang yang maju tapi useless.

sewaktu tv3 buat konsert JOM HEBOH kat kelantan,
hanya artis lelaki yang dibenarkan membuat persembahan.
selain tu, tempat duduk antara lelaki dan perempuan diasingkan.
kalau Najib buat perkara macam ni baru la kita boleh panggil Malaysia negara Islam.
tapi apa yang ada pada Najib..?
dengan bini tak pakai tudung,
pastu suka pulak menyanyi.

nah, aku bg korang dengar sket suara bini PM kita.
boleh wat ubat tido malam.
jangan mengigau dah la..
ahaha



petikan Harakahdaily

KOTA BHARU, 24 Julai: Sebelum ini orang ramai tidak pernah disajikan dengan program hiburan berkonsep Islam, sehingga generasi muda lebih terdedah kepada hiburan diimport dari barat.
Kesannya budaya hiburan dimanifestasikan dalam kehidupan rakyat Malaysia lebih terarah kepada unsur-unsur negetif.
Menyedari kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu berusaha merintis hiburan berkonsep Islam untuk dihidangkan kepada rakyat.
Pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan hiburan berkonsep baru yang lebih mementingkan nilai timur dan agama.
Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda.
Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara  kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam.
”Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini.
”Dan menjelang Ramadan ini program tayangan filem Dalam Mihrab Cinta dan Bicara Selebriti pula akan diadakan di Balai Islam Lundang,” katanya di sini.
Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta akan diadakan pada jam 9 pada 29 Julai ini.
Manakala malam keesokannya pula program Bicara Selebriti bertajuk ”Indahnya HidayahMU” akan menampilkan pensyarah USM, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil.
Amin Idris iaitu selebriti TV Al-Hijrah akan bertindak sebagai moderator.
Program berkenaan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Quds Travel Sdn Bhd.
Ahmad Baihaki yang Adun Pasir Tumbuh berkata, program berkenaan dilihat berupaya memberi ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati generasi muda dengan Allah SWT.




Friday, 22 July 2011

Peguam Perancis Kes Scorpene Ditangkap?


jangan dapat nasib yang sama macam Teoh Beng Hock dah la.
-_____-''





KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis yang mengendali kes dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian kapal selam Scorpene, William Bourdon (gambar) telah ditangkap oleh Imigresen Malaysia.
Beliau ditangkap ketika berada di atas kapal terbang apabila sekumpulan pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang itu.

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Peguam S Sivarasa menerima maklumat tangkapan itu melalui telefonnya semasa menyertai program Perception di pejabat Harakahdaily dan bergegas keluar untuk mengendalikan urusan itu.

Menurut aktivis Suaram, Cynthia Gabriel dalam twitternya, beberapa pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang yang beliau dan Bourdon naiki dan menangkapnya sebaik sahaja kapal terbang itu mendarat.

Kedua-dua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau Pinang.

Mengikut jadualnya, Bourdon memberikan ucapan di majlis pengutipan dana untuk mengendalikan kes siasatan terhadap pembelian Scorpean di mahkamah Perancis malam tadi di Pulau Pinang.

Beliau sepatutnya memberikan ucapan untuk majlis yang sama di Dewan Sivik MPPJ malam ini bersama Mohamad Sabu, Nurul Izzah Anwar dan juga Tony Pua.

Malam esok pula, Bourdon dijangka ke Ipoh untuk menyertai satu forum di sana.

Dalam laporan Harakahdaily sebelum ini, pegawai Suaram berkata, Bourdon telah mendapat visa untuk datang ke Malaysia.

Mat Sabu Difitnah Polis Lagi...


tolong la jangan tunjuk kebodohan sangat boleh tak...?
masa bila pulak mat sabu cakap die kena langgar land rover...?

korang semua tengok la video ni.
polis nak putar belit.
cer tengok cer tengok.




lepas tu tengok sini.
mat sabu cakap die kena langgar PROTON WAJA..!!!
kenyataan ni sebelum polis keluarkan video tu

hai orang UMNO dan POLIS sekalian...
sila pasang telinga.






memang takde sapa yang nak nampak bodoh 
tapi kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat tu membodohkan diri sendiri.
sekarang terbukti la sape yang bodoh sebenarnya..


lagi cerita pasal video polis .. KLIK SINI


Video Bersih Versi Polis Terbukti Polis Tak Kejam





kan dah agak.
mana ada polis ganas-ganas masa BERSIH aritu
tengok video BERSIH versi PDRM kat TV3 suku
kan baik-baik je polis dalam video tu.
takde ganas-ganas pun
penipu je kan pembangkang ni.
suka wat tohmahan kat polis

ni antara yang ditayangkan PDRM kepada media
video BERSIH 2.0










tepuk tangan untuk polis Malaysia
berjaya buktikan diorang baik

yang bawah ni semua tipu je laaa


polis dalam gambar bawah ni tengah bergurau je ni...
tu sebenarnya adik dia yang dah lama tak jumpe
tetiba terjumpa pulak masa perhimpunan
tu yang gurau2 tu..




yang bawah ni pulak, sebenarnye polis ni nak geletek abg tu
tengok muka abg tu tengah gelak
die tengah geli la tu..




yang bawah ni pulak polis tolong tanggalkan baju bro tu
baju tu basah laa..
kalau pakai jugak nanti demam
ada polis tu bagi baju lain, tapi x de dalam gambar..




kesimpulannya di sini...
polis memang BAIKKKKK sangat
benci betul kalau ada yang kutuk polis..
tolong la berenti kutuk mengutuk..

tapi kenapa dalam video polis tak keluar gambar adik bradik, bro baju basah dengan yang kena geletek tu...yang tu baru betul nampak baik.. 


aku tabik spring la kat polis RAJA di Malaysia ni...
hahahahaha...




Dr. Mashitah: Solat Perkara Kecik Je.

apa nak jadi la dengan Mashitah ni.
dengar la video ni.




solat dengan zakat perkara kecil je.
berenang la jauh2 takpayah solat pun takpe janji nama negara harum ye mashitah..?

bertaubat la mashitah.




Thursday, 21 July 2011

PDRM Adakan Tayangan Video Hari Ini

hari ni Polis Diraja Malaysia mengadakan sesi taklimat dan tayangan video Bersih kepada petugas media..
tujuannya untuk membuktikan bahawa polis tak gunakan keganasan pada peserta demo
agaknya macam mana video tu ye..?
apa yang dorang tunjuk dalam video tu..?

ada tak dorang tunjuk bahagian2 ni...










ataupun dorang buat lakonan semula untuk menunjukkan polis Malaysia macam ni....







petikan dari Utusan meloya

KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengadakan sesi taklimat dan tayangan video kepada petugas media bagi menafikan dakwaan pasukan itu bertindak ganas semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu.
Sesi tayangan dan taklimat selama sejam 30 minit itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, bagi menjawab enam tohmahan yang dilemparkan kepada PDRM. – Utusan


walaupun pendek, aku tetap mengantok bila baca utusan  =.=

BERSIH 2.0: Harga Sebuah Solat

walaupun perhimpunan BERSIH dah berlalu 
tapi kesungguhan rakyat untuk menuntut hak masih segar di ingatan
di sana la kita dapat lihat 1 Malaysia yang sebenar
rakyat berbagai kaum turun beramai-ramai demi membela nasib
walaupun disembur gas pemedih mata 
namun semangat untuk berjuang makin menyala
tanpa mengenal erti kalah




tadi aku jumpa gambar ni.
aku bangga tengok anak2 muda dalam gambar ni
walaupun tangan digari namun masih menunaikan perintah Allah





perjuangan masih belum selesai.
semoga Allah makbulkan doa kita semua.




Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
-Al-Maidah:8-

Cubaan Untuk Membunuh Anwar..?





KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu. 


Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian. 

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998. 

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. 

Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.

" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.

Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang. 

Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.

Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.

Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

" Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau.

" Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.


TVS News

Polis Nak Menipu Lagi






polis tak pakai CS...?
Habis yang ni ape..? 
c4 ke..?
c4 tu Najib je yang pakai..






Wednesday, 20 July 2011

Peguam Perancis Bakal Dedahkan Pembunuh Altantuya





kita tunggu dan lihat
kalau dah jumpa pembunuh tu kita bunuh je dia balik
kalau betul Najib yang bunuh, buat malu Malaysia je
suka ati je nak letupkan orang dgan c4
cuba bayangkan orang letupkan bini dia dengan c4
tapi kalau nk letupkan bini dia kena guna banyak c4 baru meletup
maklum la kan....
kahkahkah







Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon dijangka menghangatkan lagi politik
Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaram itu. -HD


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts