Tuesday, 7 June 2011

10 Ajaran Sesat yang Masih aktif di Malaysia

Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.

Kumpulan berkenaan adalah:
  1. Syiah
  2. Al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd
  3. Islam Jamaah
  4. Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd)
  5. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah
  6. Pemuda Kahfi
  7. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim
  8. Qadiani/Ahmadiah
  9. Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya 
  10. Ajaran Aurad Islamiah

Kumpulan diatas adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu. 

ajaran Syiah

pengasa al-arqam; Abuya

Islam Jamaah

Ajaran Tarekat Naqsyabandiyah

Pengasas ajaran Qadiani

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.

“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini. Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.

“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.


Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.

"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

9 comments:

  1. masyitah tu xsesat ke jakim?goyang kaki je jakim? ske ea tgk puting masyitah

    ReplyDelete
  2. Betul keTarekat Naqsyabandiah Khalidiah itu sesat? Adakah tarekat ini sama dgn yang ini http://biodataguru.blogspot.com/. ? Mohon pencerahan agar pembaca tidak keliru

    ReplyDelete
  3. Suka2 hati je ckp org sesat... org yahudi takutkan org tasawuf... kamu talibarut yahudi yer??

    ReplyDelete
  4. Buat la sembahyang Istikarah kalau nak tau sesat ke tak..bukan menuduh

    ReplyDelete
  5. @scootster> "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 Nov 1981 telah membincangkan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat.", JAKIM

    Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tarekat-naqsyabandiah-khalidiah-kadirun-yahya

    ReplyDelete
  6. Jakim bg yang sesat.. kami x nak tau yang sesat. Kami nak tau yang tak sesat. Knapa x kluarkan skali yang tak sesat..

    Payah la mcm ni. Ana konpius. knapa ni.. mcm mana nak blaja agama. Ana search pasal agama semua kluar pasal sesat je nih.. aduhhh..

    Mintak jakum keluarkan la satu buku.. "ajaran konfirm ak sesat". kalo baca buku karangan imam ni imam tu ulama ni ulama tu.. tp x de tulis ni rak sesat. Jmpa guru pn sama, "ajaran guru konfirm x sesat, gerenti masuk surga - dijamin majlis fatwa & mufti".

    Anta semua tak adil. Anta bagi yg x betul tapi anta tak nyatakan yang betul dan benar. Complete. Nama ajaran, sapa pimpinan ajaran..kitab tahun bila.. nama pengarang kitab.. jaminan yang diberi. Anta tak bagi.

    Ana konpius. Ana nak compare tariqat ni dgn apa ni Ajaran apa nih.. pening.

    ReplyDelete
  7. kalau la ajaran Naqsyabandi tak sesat...orang yang cop kata ajaran ni sesat dan orang yang menyampaikan insyAllah akan terima balasan dari Allah...jgan senang2 bagitau benda ni sesat benda tu sesat...mmg aku bukan orang naqsyabandi...but jgnla kita senang2 sesatkan orang lain berlandaskan video...wassalam

    ReplyDelete
  8. kalau la ajaran Naqsyabandi tak sesat...orang yang cop kata ajaran ni sesat dan orang yang menyampaikan insyAllah akan terima balasan dari Allah...jgan senang2 bagitau benda ni sesat benda tu sesat...mmg aku bukan orang naqsyabandi...but jgnla kita senang2 sesatkan orang lain berlandaskan video...wassalam

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts