Tuesday, 14 June 2011

'ustazah' ke ni...?

bila kita terdengar perkataan 'ustazah' mesti terpikir di benak fikiran kita yang genius lagi bijaksana ini bahawa 'ustazah' ini orangnya bertudung labuh (kalau x labuh pun at least tutup dada) tidak mencukur kening, bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan.. tidak memakai make-up dan orangnya simple and humble..

tapi hari ni kita diperkenalkan dengan seorang 'ustazah', lulusan Al-Azhar Mesir dan kita seringkali melihat 'ustazah' ini menjawab isu2 berkaitan agama islam dengan tegas dan penuh keyakinan samada di kaca tv, akhbar2, ceramah2 agama dan majlis2 yang berkaitan agama... 'ustazah' ni jugak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hukum hudud dan kenyataan beliau sangat mencabar manusia2 yang berada di atas muka bumi ini dan sekaligus beliau menerima berbagai respon yang negetif dan orang yang amat jelas menegur kenyataan beliau ialah ustaz yang memang amat dikagumi ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus.. ketika aku membelek facebook 'ustazah' ni, aku perasan ada seorang hamba Allah bertanyakan kepada beliau mengenai isu hukum hudud yang pernah heboh suatu ketika dahulu..'ustazah' yang prihatin itu pun menjawab bahawa mereka yang menyiarkan isu hudud itu adalah mereka yang berniat jahat atas nama politik.. dan apabila ada beberapa orang yang menegur kesilapan beliau, disuruhnya belajar tinggi2 dahulu.. adakah ini ciri2 seorang 'ustazah'..?

apabila aku melihat gambar2 'ustazah' ni di facebook beliau, aku ingatkan aku tengok gambar yuna..alaa, yuna yang nyanyi lagu dan sebenarnya tu la... kalau x kenal gak, ni ha gambar yuna..


dah kenal kan..? ok, mmg mereka berbeza, si yuna ni penyanyi, dan 'ustazah' tu penceramah..penceramah yang sibuk membahas hukum2 islam.. ape yang sama dorg berdua ni..? yang sama ialah mereka dua2 beragama islam, jantina perempuan, dan dua2 pakai tudung.. si yuna ni penyanyi dan x penah pulak aku dengar yuna ni cakap pasal hukum islam.. yang aku dengar die menyanyi, menyanyi dan menyanyi... 'ustazah' tu pulak setiap kali aku dengar die bersuara, mesti bercakap pasal hukum2 islam.. 

aku malas dah nk cakap banyak.. sebenarnya entry ni untuk korang pikir kenapa aku cakap pasal 'ustazah' ni... ape yang x kena dengan 'ustazah' lulusan Al-Azhar ni dan akhir sekali, layakkah digelar 'ustazah'..? tepuk dada tanya iman.. 









budak kecik tu punya tudung lagi labuh..





luahan ikhlas dari aku yang bernama anisah mohd roslan, semestinya bukan 'ustazah' tetapi hamba yang penuh kekurangan dan ikhlas dari hati aku tanpa ada sebarang kaitan dengan politik..sekian.. 


11 comments:

  1. suke post ni..setuju sangat..ape layaknye dipanggil ustazah kalau die sendiri tak tau aurat seorang perempuan tu dari mne smpai mne..ape yang patut ditutup...

    ReplyDelete
  2. hm...betul tu, perkara pertama yg orang akakn lihat kepada ustaz atau ustazah ialah penampilannya. sebab luaran mencerminkan dalaman :)

    ReplyDelete
  3. dulu memang cantik tengok ustazah ni. kagum. sejak2 berubah penampilan yang bukan ke arah lebih baik ni, dengan isu hududnya,memang terkejut.

    nice post

    ReplyDelete
  4. ustazah!! nmpk rambut laaa...

    ReplyDelete
  5. ustazah, mekap lawa2 utk suami ke tuuu...?

    ReplyDelete
  6. klau x silap time blajar Ugama dlu (org dlu x taip agama)al-ustaz ade ckp yg ulamak ni trbahagi kpd 2 golongan... ulamak dunia & ulamak akhirat... slh 1 nya mmg ulamak yg bakal kena panggang kt neraka la jwbnye... renung2kn.. SMI...

    yg x ikhlas:lulusan smk ugama je.

    ReplyDelete
  7. I like yur post...100% agree with everything dat you wrote...kecantekkan seorang wanita adalah 100% utk suaminye sahaja bkn utk tontonan khalayak ramai...assalamulaykum

    ReplyDelete
  8. Firman Allah Ta’ala yg bemaksud:
    “Katakan: Akan Kami beritakankah kepadamu, orang-orang yg paling rugi dalam pekerjaannya? Mereka yg terbuang (sia-sia) saja usahanya dlm kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira, bahawa mereka melakukan usaha-usaha yang baik.” (Surah Al-Kahf, ayat 103-104)

    ReplyDelete
  9. Tudung makin lama makin pendek.. Ustazah moden. yang dah akhir zaman :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. hehehe...dia mmg pernah belajar di azhar..tapi tak habis pun :) jadi jgn la kata dia lulusan al azhar

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts