Wednesday, 1 June 2011

10 Selebriti paling berpengaruh di Dunia

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, penyanyi Lady Gaga dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia pada tahun 2011 mengetepikan jutawan media, Oprah Winfrey. 


Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, naik empat anak tangga ke kedudukan teratas senarai tahunan '100 selebriti paling berpengaruh Forbes 2011', yang mengukur penguasaan penghibur berdasarkan pendapatan, liputan media serta populariti dalam media sosial.

Pendapatan penyanyi wanita itu dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan sebanyak AS$90 juta (RM270 juta), selain mempunyai 32 juta pengikut di Facebook dan 10 juta di Twitter.

"Lady Gaga menewaskan Winfrey tahun ini kerana dia sangat berpengaruh dalam media sosial. Dia menggunakan Twitter dan Facebook untuk mengubah dirinya menjadi satu kegilaan sehingga boleh menjual berjuta-juta unit album dan mendapat liputan media.

"Dia merupakan contoh terbaik bagaimana selebriti boleh menguruskan kerjaya mereka pada tahun-tahun akan datang," kata penyunting Forbes, Dorothy Pomerantz.




Winfrey, pengacara rancangan temu bual terkenal The Oprah Winfrey Show yang sudah ditamatkan siarannya baru-baru ini selepas 25 tahun ditayangkan, berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan AS$290 juta (RM870 juta).

Penyanyi remaja Kanada, Justin Bieber muncul selebriti paling muda berada dalam senarai itu di tempat ketiga dengan pendapatan AS$53 juta (RM159 juta) hasil daripada konsert dan filemnya Never Say Never.

Berikut merupakan senarai lengkap 10 Selebriti Paling Berpengaruh di Dunia Pada 2011:
  1. Lady Gaga
  2. Oprah Winfrey
  3. Justin Bieber
  4. Kumpulan U2
  5. Elton John
  6. Tiger Woods
  7. Taylor Swift
  8. Kumpulan Bon Jovi
  9. Simon Cowell
  10. LeBron James


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts