Monday, 20 June 2011

5 FILEM SEDIH TERBAIK

5 filem terbaik nie aku pilih random dari genre yg berbeza. Munkin banyak lagi filem lain yg lagi bagus tapi munkin filem2 nie jarang kita tonton kan? so kalau ade yg kebosanan jom kite layan cite2 yg best + sedih nie T_T

ROAD TO PERDITION

filem nie dikeluarkan tahun 2002 mengisahkan seorang anggota kumpulan mafia yg membalas dendam dan melindungi anaknya. Michael Sullivan .Sr( tom hanks) seorang yg taat kepada bossnyer. konflik bermula bila anaknya (Jr) ternampak bapa dan anak kepada boss die membunuh salah seorang dari musuh kumpulan mereka, bimbang dengan saksi yg ade anak kepada boss die cuba bunuh Jr tapi bapak die janji anak die akan diam. Tak lama lepas tu anak boss die pergi kerumah Sullivan dan bunuh sume ahli keluarga die, cuma sullivan Jr yg selamat. Selepas itu bermulalah perjalanan "bapak-anak" dalam misi mereka membalas dendam.
kesedihan bermula akhir cerita ini yg mana ketakutan bapa die apabila anaknya akan membesar mengikuti langkah hidupnya.

P.S = agak sedih la cerita nie.. 7/10

A BEAUTIFUL MIND

Dikeluarkan pada tahun 2001 filem ini berdasarkan kisah benar menceritakan bagaimana john nash (pemenang anugerah nobel) yg mana seorang yg bijak akhirnya berhalusinasi dan menjadi gila. Ditambah lagi kasih isteri dia ( mmg cun la ) yg percaya john nash masih boleh dirawat. pelbagai cara dilakukan untuk merawat balik sakit mental dia termasukla renjatan elektrik.Dia menjadi gila apabila dia percaya dia terlibat dalam satu konspirasi kerajaan.Kegilaan john nash menjadi lebih bahaya apabila dia hampir menyebabkan anaknya mati kerana percaya kepada kata2 halusinasi.dia akhrinya menyedari sendiri watak2 yg wujud adalah ilusi yg dihasilkan sendiri olehnya. Oleh kerana kesan sampingan ubat-ubatan yg diambil akhirnya john nash mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat dan berdepan dengan halusinasinya. Apa yg cukup menyedihkan tentang filem ini ialah kita dapat lihat bagaimana seseorang yg berada di tempat tinggi (professor) akhirnya jatuh dan dipandang hina. dan bagaimana kita sebagai manusia harus jgn berputus asa terhadap sesuatu.

P.S = 1 of my favourite story T_T

THE PURSUIT OF HAPPYNESS


pernah x korang menangis sebab gembira atau terharu?? haa bagi yg tak pernah atau nak rasa balik perasaan tue baik la korang layan cerita nie,.. dikeluarkan pada 2006 filem yg jugak berasaskan kisah benar Chris Gardner sgt mengharukan bile kita lihat bagaimana seorang ayah dan anak berdepan masaalah kewangan. kesusahan dan sikap tak pernah putus asa bapa die ( memandangkan tanggujawab die terhadap anak ) menjadikan filem nie lebih realistik. tambahan lakonan mantap Will Smith menjadikan filem nie lebih real. cerita nie jugak sesuai dijadikan cerita hari bapa ( sebab aku tgk bapa die xpernah anggap anak die 1 beban pon pada diri die dan sgt tegas bila keadaan memerlukan ). sedikit harapan untuk memberi semangat anak die dan cara bijak die melayan anak die cukup bermakna.

P.S= antara filem terbaik yg dilakonkan Will Smith..

GONE BABY GONE


bagi aku filem ini yg paling hampir dengan realiti. Sebuah filem yg menggambarkan bahawa tidak semua kebenaran itu menyenangkan dan betapa undang2 itu boleh menjadi kejam. Dikeluarkan pada tahun 2007 filem bergenre penyiasatan ini mengisahkan sepasang kekasih menyiasat kes penculikan Amanda seorang anak kecil. penyiasatan demi penyiasatan akhirnya membawa kepada penemuan kanak2 itu. Namun kesudahannya itulah yg menjadi cerita ini satu kisah yang menarik. Sebuah keputusan yg akan membuat manusia berfikir kembali apa yg akan berlaku dengan tindakan yg diambil. cerita yg sangat menarik kerana memberi kita ruang untuk berfikir dan kita perlu memahami sesetengah perkara itu xdapat dielakkan. ( harap korang tengok la cerita yg xdipotong )

P.S= aku xpasti la ini cerita sedih atau x tapi kesudahan yg menyedihkan la untuk semua watak dlm cerita nie.

THE MAJESTIC

Jangan igt Jim Carey boleh buat lawak jek. Filem sedih yg dilakonkan die nie pon cukup menyentuh hati. Mengisahkan seorang Penulis skrip (seingat aku la ) yg dituduh ahli komunis. Kerana 1 peristiwa akhirnya die kemalangan dan terjatuh kedalam sungai. die diselamatkan malangnya telah hilang ingatan terhadap dirinya. malah die disalah anggap sebagai anak kepada salah seorang pemilik pawagam lama yg dah pon gulung tikar. Dan dalam kehidupan baru tersebut die menyesuaikan diri dengan ayah dan teman wanita baru ( sebenarnya lelaki tersebut mati ketika perang dunia ke-2). Walaupon ade yg xpercaya dia bukanlah anak jati kg tersebut namun die menjadi simbol harapan bagi mereka yg telah kehilangan anak ketika perang dunia ke-2. bersama2 ayah dan teman wanitanya die telah membuka kembali pawagam lama dan diberikan nama THE MAJESTIC. ketika salah 1 filem pertama dipertontonkan di pawagam tersebut salah sebuah filem yg ditulis Jim Carey dipertontonkan dan akhirnya dia sedar dan mengingati kembali siapa dirinya. kesedihan tentang filem ini ialah bagaimana bila manusia terlalu mengharapkan sesuatu itu menjadi realiti. sebuah filem lakonan Jim Carey yg terbaik aku penah tgk.

P.S= takde langsung unsur humor bodoh dalam gfilem nie,..


itu jeklah yg nak dikongsi oleh aku. Mmg terdapat bnyak lagi filem2 yg munkin lebih baik dari list nie tapi kalau nak diletakkan semua hampir mustahil. cuma kongsikan filem yg munkin da dilupakan oleh ramai peminat diluar sana : ).


credit to Akmal Mokhtazar .. :)


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts