Wednesday, 22 June 2011

Anak Najib bertunang..

[Bernama] KUALA LUMPUR: Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam. 

Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan menghadiri majlis itu. 

Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri. Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah. Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud. 
Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. 

Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.

P/s: Aku rasa ramai yang dah tahu isu hangat di sebalik majlis pertunangan ni.. err.. tapi aku malas la nk menuduh.. huhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts