Monday, 6 June 2011

Tikus Gergasi Baham Kanak-kanak

Polis Afrika Selatan menangkap sejenis tikus gergasi yang dipercayai menggigit sehingga mati dua orang kanak-kanak di kawasan setinggan di negara itu.


Tikus sebesar seekor kucing dan sepanjang satu meter itu memiliki gigi hadapan lebih dua sentimeter panjang. Tikus itu dipercayai daripada spesis tikus gergasi Pouched Afrika, iaitu sejenis tikus yang mempunyai hubungkait dengan tikus gergasi di UK-merupakan yang terbesar di dunia. 

Pada minggu ini, seorang budak perempuan berusia tiga tahun, Lunathi Dwadwa maut diserang mamalia tersebut ketika dia tidur di rumah ibu bapanya dekat sini.

Lunathi Dwadwa

Seorang bayi lain terkorban dalam serangan serupa pada hari yang sama di ibu negara Afrika Selatan, Johannesburg.

Kawasan setinggan di Johannesburg yang menjadi lokasi serangan tikus-tikus gergasi

Malah pada bulan lepas, seorang nenek berusia 77 tahun turut maut apabila tikus gergasi tersebut membaham sebahagian daripada bahagian kanan mukanya.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts