Tuesday, 31 May 2011

10 Fakta menarik Mengenai YouTube

1) Youtube dibangunkan pada bulan Februari 2005 oleh bekas kakitangan PayPal , iaitu Chad    Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.





2) Pada awalnya ibu pejabat Youtube terletak di tingkat atas sebuah restoran pizza dan restoran jepun di San Mateo, California.






3) Video yang pertama di upload di Youtube berjudul Me At The Zoo, menampilkan Jawed Karim di sebuah taman haiwan di San Diego. Hingga sekarang video tersebut masih boleh ditonton.








4) Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei, 2005 iaitu 6 bulan sebelum pelancaran rasmi yang dilaksanakan pada bulan November 2005.





5) Pada bulan Julai 2006 atau 8 bulan secara rasmi youtube dilancarkan, hampir 65 000 video baru telah dimuat naik ke youtube setiap hari, dengan 100 juta views per hari.








6) Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah website denga nama yang hampir serupa, www.utube.com. Pemilik website tersebut, Universal Tube & Rollform Equipment, mengajukan tuntutan terhadap youtube pada November 2006 setelah mengalami lebihan traffic atau pengguna yang agak banyak disebabkan pengguna-pengguna yang mencari video di youtube.






7) Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli youtube pada harga US$1,65 billion.








8) Pada tahun 2007, youtube telah menghabiskan Bandwidth yang menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000




9) Pada bulan Jun 2008 majalah Forbes memberitahu bahawa pendapatan youtube sehingga tahun 2008 dikatakan telah mencecah US$ 200 juta.






10) Pada tahun 2008 youtube mendapat penghargaan George Foster Peabody Award kerana telah menjadi Speakers Corners serta berjasa dalam perkembangan demokrasi dan kebebasan pendapat.  


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts