Thursday, 26 May 2011

5 Masjid Terbesar di Dunia


Masjidil Haram ini boleh menampung sehingga sejuta muslimin dan muslimat pada satu-satu masa. Masjid ini dibina pada tahun 638, dengan keluasan yang semakin besar. Keluasan yang pernah direkodkan ialah 4,314,000 kaki persegi. Ia merupakan masjid tertua di dunia, dan merupakan kiblat seluruh umat Islam. 



Masjid kedua terbesar pula adalah Masjid Imam Riza Shine yang terletak di Mashhad, Iran. Ia mempunyai keluasan 6,443,890 kaki persegi. Sebenarnya, keluasan ini melibatkan beberapa bangunan lain dalam kompleks yang serba guna ini. Ia dianggarkan boleh menampung sehingga 700 ribu jemaah dalam satu-satu masa.



Manakala Masjid Al Nabawi (Masjid Nabi) merupakan masjid yang diiktiraf sebagai masjid ketiga terbesar di dunia dengan kapasiti untuk menampung sehingga 650 ribu jemaah. Ia mempunyai keluasan 4,311,000 kaki persegi dan dibina pada tahun 622. 



Masjid Taj-ul di Bhopal, India juga tersenarai sebagai antara masjid terbesar di dunia. Ia mempunyai keluasan 4,300,000 kaki persegi dan boleh menempatkan sejumlah 175 ribu jemaah pada satu-satu masa. Dibina semasa keagungan Sultan Shah Jahan pada tahun 1901.



Di Pakistan, Masjid Badshah merupakan masjid terbesar dengan keluasan 321,488 kaki persegi dan boleh menampung sehingga 100,000 orang. Masjid ini terletak di daerah Punjab, Pakistan. Ia merupakan antara mercu tanda penting di Lahore, dan telah dibina pada tahun 1673.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts