Thursday, 26 May 2011

Kesesakan Jalanraya Paling Buruk pernah berlaku..

Mengikut rekod yang telah dicatatkan dalam Guinness World Records, trafik jam yang paling buruk adalah kesesakan yang berlaku di jalanraya yang menghubungkan Peranchis dan Jerman. Ia direkodkan sebagai kesesakkan paling panjang iaitu sehingga 109 batu atau menyamai 176 km yang mengunjur dari kota Lyon hingga ke Paris, Peranchis. Kesesakan luar biasa ini berlaku pada 16 Februari 1980.

Dan kesesakan yang paling banyak melibatkan kenderaan (bumpur-ke-bumper) telah dicatatkan dan direkodkan dalam Guinness ialah kesesakan yang melibatkan 18 juta kenderaan di sempadan Jerman (ketika itu Jerman Barat dan Jerman Timur) yang berlaku pada 12 April 1990.

Dan pada 14 Ogos 2010 .... menyaksikan satu kesesakkan luar biasa yang telah berlaku di China. Kesesakkan ini walaupun tidak direkodkan sebagai terpanjang (60 batu), tetapi telah menjadi kesesakkan yang paling lama berlaku ..... iaitu lebih dari 10 hari!

Kesesakan yang berlaku dipercayai disebabkan oleh kehadiran banyak trak bermuatan arang batu. Ia melibatkan jajaran jalanraya dari Beijing hingga ke lebuhraya Tibet.




No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts