Thursday, 26 May 2011

8 Lapangan Terbang Berbahaya...

8 Lapangan Terbang Paling Berisiko Buat Juruterbang

Barra International Airport - Terletak di Scotland. Lapangan terbang yang betul2 di atas pantai, dan lapangan terbang ini akan 'lenyap' mengikut keadaan air pasang surut laut! Jadi, pastikan tiba di lokasi ketika air surut .. kalau tak .. macam mana nak mendarat?

Barra International Airport


Lapangan Terbang Courchevel, Perancis - Punyai kawasan pendaratan yang sangat terhad. Ia juga antara yang paling bahaya kerana perlu mendarat dalam keadaan laluan pendaratan yang tidak sekata.

Courchevel Airport

Ice Runaway - Terletak di Ross Island, Antartika. Ia merupakan laluan pendaratan yang diliputi ais. Terdapat 3 lapangan terbang seumpamanya di Antartika, dan merupakan jalan utama untuk pembekalan dan kemudahan para penyelidik di Antartika. Walaupun dibuat dari ais/salji, ia merupakan laluan paling kukuh, cuma jangan tersilap mendarat di kawasan sudahlah.

Ice Runaway

Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin- Terletak di Saba, Holland (Nederland). Kedua-dua hujung berakhir dengan tebing tinggi ... kalau silap ... terus terjun dalam laut!

Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin

Kansai International Airport - Antara lapangan terbang tercanggih di dunia. Ia dibina di atas pulau buatan. Lapangan terbang ini dikatakan bakal tenggelam akibat pemanasan global dalam 50 tahun akan datang. Lapangan terbang canggih ini terletak di Osaka, Jepun.
Kansai International Airport

Lapangan Terbang Lukla - Terletak di Nepal. Lapangan terbang ini dibina pada ketinggian melebihi 2000 meter dari aras laut.
Lapangan Terbang Lukla

Madeira Airport - Terletak di Santa Cruz, Portugal. Telah dirasmikan pada tahun 1964 dengan laluan yang pendek serta dikelilingi oleh bukit bukau dan laut. Walaupun ia dikatakan antara laluan yang pendek tetapi dari masa ke semasa, ia telah dipanjangkan dan dilebarkan.
Madeira Airport

Princess Juliana International Airport - Menjadi lapangan terbang pada tahun 1942 dan merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di kepulauan Caribbean. Ia mempunyai laluan yang pendek iaitu 2,180 meter. Kapal terbang, jet dan sebagainya perlu terbang serendah mungkin apabila menghampiri laluan pendaratan di sini. Banyak gambar2 seperti dibawah telah difotokan dan menjadi antara gambar yang telah dikatakan sebagai tipu sedangkan ia adalah gambaran sebenar.
Princess Juliana International Airport


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts