Thursday, 26 May 2011

Kek Aiskrim terbesar


Untuk menandakan ulang tahun ke 30 nya, Dairy Queen Canada telah mencatat sejarah dengan kek ais krim gergasinya yang seberat 10.13 tan, mengandungi lebih dari 20,000 paun ais krim, lebih dari 200 paun kek span, lebih dari 300 paun icing dan pecahan oreo - yang menetapkan rekod dunia baru untuk Kek ais krim terbesar di dunia.

Kek ais krim terbesar ini menggunakan 100 orang pakar dari Dairy Queen dan mengambil masa selama 14 jam untuk disiapkan.

Rekod Kek ais krim terbesar sebelum ini pernah dibuat di Beijing pada tahun 2006 dengan berat 17,637 paun.

International Dairy Queen (IDQ), yang beribu pejabat di Minneapolis, Minnesota, mengembangkan lesen dan perkhidmatan sistem lebih dari 5,700 kedai Dairy Queen® di Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara asing yang lain.






No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts