Thursday, 26 May 2011

10 Kapal Peribadi Termahal di Dunia

Eclipse

Eclipse
Harga kapal peribadi ini adalah USD$1.2 Billion. Ia dimiliki oleh jutawan Russia, iaitu pemilik Kelab Bolasepak EPL - Chelsea - Roman Abramovich. Ia mempunyai panjang 560 kaki, serta memerlukan 70 krew untuk mengendalikannya.

Dubai

Dubai
Ianya berharga USD$350 Juta dan merupakan hak milik pemerintah Dubai - Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Panjang kapal ini adalah  531 kaki dan mempunyai ruang untuk 115 tetamu. Kapal ini dikendalikan oleh 88 anak kapal.




Lady Moura
Lady Moura
Kapal ini bernilai USD$210 Juta, dan dinamakan Lady Moura. Dimiliki oleh Putera Saudi - Nasser Al-Rashid. Lady Moura dibina pada 1991 dengan panjang 354 kaki. Menariknya ia ada pantai sendiri di atas bot.

Octopus
Octopus
Bernilai USD$200 Juta dan mempunyai kepanjangan sehingga 416 kaki. Walaupun besar tetapi ia dikendalikan oleh 40 krew sahaja. Kapal ini menjadi kapal induk untuk 7 bot kecil, 2 helikopter, sebuah kapal selam.

Pelorus
Pelorus 
Kapal yang cantik ini bernilai USD$130Juta. Ia mempunyai lapang pendaratan helikopter dan mempunyai seramai 40 krew, dan ia juga dilengkap sistem pertahanan roket!

Ecstasea
Ecstasea
Kapal peribadi kepunyaan Roman Abramovich ini bernilai USD$129 Juta. Mempunyai keluasan sehingga 250 kaki. Terdapat disko, sauna dan pelbagai kemudahan hiburan di dalam kapal ini.

Alysia
Alysia
Kapal ini merupakan saudara kembar kepada sebuah lagi kapal persendirian mewah - Annaliesse. Ia bernilai USD$116 Juta dengan panjang 280 kaki.

Annaliesse
Annaliesse 
Kapal ini bernilai USD$103 Juta. Ia mempunyai ruang kabin yang besar yang boleh memuatkan sehingga 3 dozen tetamu ke dalam kapal ini. Mempunyai panjang 280 kaki. Ia punyai spa, perpustakaan, kawasan permainan kanak-kanak dan sebuah panggung wayang mini... sama seperti kapal sedara- Alysia.

Tatoosh
Tatoosh
Kapal yang bernilai USD$100 Juta ini dimiliki oleh Microsoft co-founder iaitu Paul Allen. Panjangnya adalah 301 kaki. Ia mempunyai panggung sendiri, kolam renang serta tangki lobster.

Le Grand Bleu

Le Grand Bleu
Bernilai USD$9 Juta, sebuah lagi kapal mewah milik Roman Abramovich dengan kepanjangan 370 kaki. Sebuah kapal persendirian yang besar dengan kekuatan enjin sehingga 3,600-horsepower, beserta krew seramai 50. Menariknya ia mempunyai sebuah 74 kaki kapal layar serta sebuah kapal laju yang panjangnya 67 kaki.


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts