Inilah akuarium terkecil di dunia! Ia merupakan hasil kreativiti seorang berbangsa Siberia bernama Anatoly Konenko. Ia merupakan satu kiub gelas bersaiz 30 x 24 x 14 mm. Akuarium ini dipenuhi batu kerikil kercil berwarna-warni serta pasir halus, ia boleh memuatkan 10 ml air untuk si ikan kecil. Akuarium ini juga dilengkap sistem penapisan kecil untuk memastikan kualiti air sentiasa terjaga. Akuarium terkecil di dunia ini hanya layak didiami oleh anak-anak ikan yang kiyut sahaja. Mungkin ikan Guppy boleh muat dalam ni.
Ini bukan pertama kali insan bernama Anatoly Konenko mencipta rekod dengan membuat benda-benda yang kecil ni. Pada tahun 2002, dia pernah mencipta sebuah buku mikro yang hanya berukuran kurang dari 1 mm persegi dan telahpun dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records.
Kehebatan kerja tangan Anatoly Konenko ini telah menjadi simpanan persendirian para presiden di dunia termasuklah Presiden Russia, Korea, Belarus, Republic Chech dan Slovenia.
No comments:
Post a Comment
thanks for your comment