Monday, 18 July 2011

Adnan Yaakob: Demonstrasi Adalah Budaya Beruk

khairy jamaluddin juga beruk
sebab dia pun berdemo
tapi aku peduli ape dengan beruk khairy
tak payah tggu MB cakap pun kita sudah sedia maklum hal tu
hahaha








KUANTAN, 16 Julai - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob  hari ini menegur penganjur dan penyokong Bersih 2.0 yang telah berhimpun di ibu negara pada 9 Julai lalu. Sambil menyifatkan "demontrasi adalah budaya beruk", Adnan menegaskan bahawa tindakan pihak terbabit adalah amat memalukan. "Saya hairan, apa yang mahu dibersihkan agaknya. Kita lihat mereka (pembangkang) telah berjaya menang di beberapa buah negeri termasuk mengurangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional, tetapi mereka masih mengatakan pilihanraya di negara ini tidak bersih. Pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim, Hj.Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi telah menang di kawasan parlimen masing-masing. Itu pun mereka kata SPR tipu dan berat sebelah. Saya hairan dengan perangai mereka ini. Mereka tergamak menjatuhkan imej negara dan mencetuskan huru-hara sebegitu. Bila pihak polis ambil tindakan, polis pula dipersalahkan. Kalau saya jadi polis, tindakan lebih tegas saya akan ambil terhadap mereka", kata Adnan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan BN Youth Fair 2011yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith dekat sini. Program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNOitu telah mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan rakyat Kuantan. Sementara itu, Adnan selaku Pengerusi BN Pahang turut mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO pimpinan Khairy Jamaluddin atas usaha penganjuran karnival yang bermanfaat seperti itu. "Kita mahu beri kemudahan kepada rakyat, jaga kebajikan mereka dan kita tidak mahu pemuda hanya menjadi kumpulan pendesak semata-mata", kata Adnan.




sumber : pahang daily

2 comments:

  1. demonstration is good but presentation is baaaaddd~..umnoo terus mampus untuk rkyat malaysia~

    ReplyDelete
  2. i've heard some lies...but never lies about liars lying about lies!!..i feel very sad for all the beautiful natural wonders in Pahang....kasian dibawah jajahan org sepertigini.

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts