Sunday, 24 July 2011

pemimpin UMNO memang suka hiburan, tak macam Kelantan..

bila orang BN nak sedar?
sibuk nak mengaku negara islam tapi still buat hiburan2 maksiat.
selagi BN yang memerintah macam ni la gayenye..
rakyat bergelumang la dengan maksiat.

sebagai contoh konsert JOM HEBOH TV3.
kan setiap kali penutupan dorg akan wat konsert nyanyi2.
penonton2 campur laki pompuan yang bukan muhrim.
yang menyanyi pulak artis2 yang terdedah aurat sana sini
pakai baju tak cukup kain
kat JAKEL kan kain murah2.




contohilah Kelantan.
walaupun pencacai UMNO selalu kutuk Kelantan tak maju,
sekurang2nya mereka berakhlak mulia dan terpuji drpd korang yang maju tapi useless.

sewaktu tv3 buat konsert JOM HEBOH kat kelantan,
hanya artis lelaki yang dibenarkan membuat persembahan.
selain tu, tempat duduk antara lelaki dan perempuan diasingkan.
kalau Najib buat perkara macam ni baru la kita boleh panggil Malaysia negara Islam.
tapi apa yang ada pada Najib..?
dengan bini tak pakai tudung,
pastu suka pulak menyanyi.

nah, aku bg korang dengar sket suara bini PM kita.
boleh wat ubat tido malam.
jangan mengigau dah la..
ahaha



petikan Harakahdaily

KOTA BHARU, 24 Julai: Sebelum ini orang ramai tidak pernah disajikan dengan program hiburan berkonsep Islam, sehingga generasi muda lebih terdedah kepada hiburan diimport dari barat.
Kesannya budaya hiburan dimanifestasikan dalam kehidupan rakyat Malaysia lebih terarah kepada unsur-unsur negetif.
Menyedari kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu berusaha merintis hiburan berkonsep Islam untuk dihidangkan kepada rakyat.
Pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan hiburan berkonsep baru yang lebih mementingkan nilai timur dan agama.
Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda.
Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara  kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam.
”Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini.
”Dan menjelang Ramadan ini program tayangan filem Dalam Mihrab Cinta dan Bicara Selebriti pula akan diadakan di Balai Islam Lundang,” katanya di sini.
Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta akan diadakan pada jam 9 pada 29 Julai ini.
Manakala malam keesokannya pula program Bicara Selebriti bertajuk ”Indahnya HidayahMU” akan menampilkan pensyarah USM, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil.
Amin Idris iaitu selebriti TV Al-Hijrah akan bertindak sebagai moderator.
Program berkenaan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Quds Travel Sdn Bhd.
Ahmad Baihaki yang Adun Pasir Tumbuh berkata, program berkenaan dilihat berupaya memberi ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati generasi muda dengan Allah SWT.




5 comments:

  1. terharu baca entry ni..heheh ;)

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=dDx79W4qqD8

    http://www.youtube.com/watch?v=xL8KB87U0Hk

    http://www.youtube.com/watch?v=b-DJq_rlKGE

    http://www.youtube.com/watch?v=7cMVAzd0F74

    http://www.youtube.com/watch?v=0op8scJFGBw&feature=related

    http://www.youtube.com/watch?v=FLN40r_ym6c

    http://kickdefella.net/2011/02/11/orang-kelantan-mudah-lupa-dari-serambi-mekah-ke-serambi-golok-pt-1/

    ReplyDelete
  3. muka n rambut dia dh macam hantu..
    menyampah gila tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dosa pahala masing-masing tanggung

      Delete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts