Thursday, 14 July 2011

Bersih 3.0 : Lagi Kenyataan Kurang Cerdik SPR

ni lagi satu kenyataan kurang pandai atau dalam bahasa kasarnye adalah bodoh..
di bawah ini merupakan kenyataan SPR tentang planning Mat Sabu untuk mengadakan BERSIH 3.0 jika SPR masih berdegil...


Petikan dari Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Selasa diingatkan supaya tidak terlalu gopoh dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunaikan kesemua lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sedangkan satu memorandum mengenai perkara itu belumpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Pada saya tidak sesuailah Timbalan Presiden Pas mencabar SPR dan berilah peluang kepada Yang di-Pertuan Agong teliti memorandum itu dahulu," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Bernama pada Selasa.

Beliau menyifatkan desakan oleh Mohamad Sabu itu sesuatu yang tidak berasas memandangkan memorandum yang sepatutnya dipersembahkan kepada Tuanku Mizan oleh pengerusi Berish Datuk S.Ambiga belum diserahkan.

"Mereka (Bersih) kata nak serah memorandum kepada Agong. Saya hairan kenapa Timbalan Presiden Pas nak mencabar SPR sedangkan Bersih yang nak serah memorandum kepada Agong.

"Jangan terlalu gopoh sebelum pihak istana membuat keputusan atau cadangan. Kenapa pula timbalan presiden PAS nak buat cabaran baru kepada SPR. Tunggulah dulu, biar memorandum itu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Abdul Aziz.



hello Pak Aziz...
bukan kita tak mau hantar..
Yang sampai kat depan Istana Negara masa tu cuma A. Samad Said dengan kumpulan kecil..
tapi ada beberapa polis yang ''sangat baik'' menghalang.....
Korang cuba tengok video bawah ni...


A. Samad Said dah mintak elok2 nak bagi memorandum tu kat Agong..
yang si polis tu tak habis2 ''mintak beredar''...
Nilai la sendiri...


5 comments:

  1. Saya puji dengan semangat berani Pak Samad dalam hal ini. Beliau masih tetap ingin teruskan walaupun dihalang oleh polis.

    Walaupun beliau telah berumur, namun semangat beliau patut dipuji dan diikuti oleh golongan muda.

    ReplyDelete
  2. semua ada procedure, kenapa tak ikut procedure? bila dah kata buat dalam stadium yang DITETAPKAN, buat, kenapa berdegil nak buat dijalanan, polis akan beri permit kalau ikut yang ditetapkan. semua tak ikut titah DYMM. jangan salahkan sesiapa.

    ReplyDelete
  3. hahaha. serius kelakar. suruh hantar dekat Yang Di pertuan Agung tapi polis pulak halang.macam mana nak serah? hahah. b to the o to the d to the o and to the h.

    ReplyDelete
  4. yes true. agong dah allow buat dekat stadium. but then again, who is the one who declare this rally is illegal and an outlaw? najib and hishamudin themselves. seorang kata ya, lagi seorang kata tidak. who asked najib to be devious in the first place?

    plus, sila review UNHCR article 20(1) the right to freedom of expression. malaysian govt dah violate human right, dah dapat warning from UN and amnesty international.

    and UNHCR article 21, sila lah baca. kembangkan ilmu masing-masing. jgn percaya apa yang diterima dari TV semata2.

    and anyway, who is the one yang tak ikut procedure sebenarnya ni?

    ReplyDelete
  5. ayuh kawan ayuh semua,
    ayuh kita 'celik mata',
    siapa yg xikut prosedure sebenarnya?,
    najib n the kroni lah jawabnya..
    huhu..

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts