Monday, 18 July 2011

Saya Nak Tumbuk Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran
perhimpunan haram itu.




p/s :

jap...jap...
jangan gelak lagi


1




2




3


ok dah
gelak ramai ramai
kahkahkah


erk? 
taknak gelak?
takpe.. aku tak suka tumbuk orang..
muahaha




26 comments:

  1. Sapa suruh membaziaq makcik oiii.. RM45k utk makan saja.. gila ka apa..

    ReplyDelete
  2. kalau da niat nak menunjuk memang gerenti jd mcm ni.... makcik niat tu kena lah ikhlas ni membazir sampai 45k pas tu tempah dr katerer terkenal lg mmmm ada hikmah la tu...

    ReplyDelete
  3. haha..kene tanya ni sapa yg ajar dia tambah tokok crita supaya lebih best? pastu blh kita bljr skali cana nak buat skrip. :) pastu kan blh jadi pembantu jib ke atau hisyam keris.

    ReplyDelete
  4. Date utk rally tu awal-awal lagi dah tau...tukar je lah hari persandingan ke hari lain, sendiri yg bengap nak salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  5. seriously idiot sapa yg melaporkan cerita ini, ataupun makcik yg melaporkan kepada polis.. as a normal regular people, pembantu pejabat, belanja rm45K jemputan 3000?? seriously?? patutla depressed.. and she is 59? still keje lagi ke kat jab krjn?? dpt cuti MC 3 hari sbb depressed?? As a doctor, I wont give MC for 3 days for this kind of depression.... agak-agak la nak buat citer pun.. lawak pagi isnin

    ReplyDelete
  6. Orang macam ni kerja dengan kerajaan? Isk isk..

    ReplyDelete
  7. Lepas buat statement...dpt balik duit tu,,,mintak kt Hishamuddin...

    ReplyDelete
  8. alah makcik oiiii .. apa nak buat dah tak da rezeki ........ setakat banyak tu ... apalah sangat ... mintak aje Najib bayar .. kan kah dia yg suruh Polis buat semua roadblock? ... apa kena pulak ngan DSAI ... ishkkkk ... agak2lah ya kalau nak tuduh2 pun...

    ReplyDelete
  9. sedangkn Nabi dh bgtau, tumbanglah seekor kambing dh heboh la pada org sekililing tentang perkahwinan.. mana boleh membazir.. nie la akibat membazir..

    ReplyDelete
  10. mak cik, baru 20 tahun tunggu... rakyat dah tunggu 50 tahun dah...

    ReplyDelete
  11. 50 lebih tahun tggu detik manis anak nikah? umur anak baru 29...hrmmm...umur 59 masih kerja kerajaan..jawatan pembantu pejabat? tetap or kontrak? setahu saya jawatan profesional yg ditawarkan kontrak jika lebih 58 tahun..muskil la..

    ReplyDelete
  12. belom habis baca.aku dah terkekeh kekeh gelak dah....Lawak gila babi makcik ni.....HAHHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHHHAHHA..KUIKUIKUI..

    ReplyDelete
  13. Kenduri kawin ni pun macam berniaga jugak ke ? Ada untung ada rugi...?Kalau polis tak sekat jalan tentu ramai org datang,termasuklah para demonstrator akan makan kenduri. Gerenti untung.

    ReplyDelete
  14. makcik yg ptt bertaubat sbb niat nak membazir bt kenduri besar-besaran....duit tu ptt boleh simpan utk benda lain makcik oi....

    ReplyDelete
  15. paling lawak ayat dia yang ni ""Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya."..da buat kenduri mmg la sedekah, takkan yg dtg kenduri tu kena bayar plak..

    ReplyDelete
  16. Yang patut dipersalahkan ialah Gomen yang suruh buat roadblock, makcik biol.

    ReplyDelete
  17. LoL..... monday blues cure...... ratu lawak makcik ni....... wakakakakaka

    ReplyDelete
  18. niat nk menunjuk membazir kn allah dh tunjuk kuasa dia.sedar la makcik oii-kaya mcm mana pn klu tk berkat ade je halangan

    ReplyDelete
  19. Kita tanya apa pendapat Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek...

    ReplyDelete
  20. bujet kalau 3ribu org dtg kekal la pkahwinan tu??hahaha~ lawaks2...da 1ribu org dtg pown da syukur...igt xde org dtg lgsg tdi...die kire duit salam korek la tu...tu pasal die ckp rugi...kalau sorg korek rm15...3 ribu org da dpt rm45 ribu...da balik modal la tu...ni macam leh wat niaga...kalau die ade ramai anak pompuan mst kaya gilew makcik ni niaga...;p

    ReplyDelete
  21. WARGHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...ridiculous gile news ni...so ridiculous i think it's a made up story...kalau betul la cerita ini...erh...er..kesiannye...kena prescribe ginkgo biloba la kat makcik ni..maaf ye rehan jaharudin khan..bkn nak menghina...tapi...tapi...

    ReplyDelete
  22. Thanks to this stupid aunty, you cure my monday blues. Hahahah. I like this comment..

    "seriously idiot sapa yg melaporkan cerita ini, ataupun makcik yg melaporkan kepada polis.. as a normal regular people, pembantu pejabat, belanja rm45K jemputan 3000?? seriously?? patutla depressed.. and she is 59? still keje lagi ke kat jab krjn?? dpt cuti MC 3 hari sbb depressed?? As a doctor, I wont give MC for 3 days for this kind of depression.... agak-agak la nak buat citer pun.. lawak pagi isnin"

    ReplyDelete
  23. suka hati ko la m.cik nk kta pa pon...org dh announce awl date tu,m.cik ni msti x ambk tahu isu smasa..hahaha,m.cik....klu nk jgk lngsgkn knduri hr tu,jmpt aje la psrta BERSIH g knduri ank m.cik tu..kn lg mriah..xrugi hehehe..ni x,dh sdkhknkn untk ttmu yg hdir nk ungkt2 rugi lak..apa pnya turrrr da...

    ReplyDelete
  24. ape lak ini mak cik..wt majlis 2 bia sederhana...ni smpi 45k...lps 2 leh ckp lauk pauk terpksa sedekah kat owg kmpung...abez owg dtg 2 kene byar ke time makan????x bole bla la makcik ni.....apeee pon x boley

    ReplyDelete
  25. 'terpaksa sedekah'langsung x dpt pahala...

    ReplyDelete
  26. 45,000 utk 3000 org makan? that's fuckin cheap. RM15/pax? lauk ikan kering ke?? macik. ko patut tumbuk idung najib la. ko salah orang ni. kem salam la kat anak ko. aku rase ko kene pegi kelas agama la. belajar ilmu ikhlas .dan juga qada' & qadar. tak hagak2...!!

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts