Friday, 15 July 2011

Utusan Malaysia: Pakai baju kuning BERSIH dianggap derhaka

apesal derhaka...?
Agong bagi berhimpun kat stadium tapi polis yang tak bagi permit...
sape yang derhaka...?
kalau la utusan meloya ni aku punya, selama seminggu tajuk muka depan aku buat 
''melanggar titah Agong untuk berhimpun di stadium dianggap derhaka''
biar semua orang tau....
yang dok nyemak kat komen2 aku cakap peserta BERSIH buat huru hara kat jalanan sedangkan dah bagi berhimpun kat stadium, sila tutup je la mulut tu...
pegi bukak balik suratkhabar lama, teliti betul-betul...
yang dok komen tu pulak semua melayu..
jangan la nk buat melayu ni nampak bodoh sangat boleh tak..?
ko nak bodoh sorang2 ko punye pasal...


petikan akhbar Utusan Meloya.... lepas baca sila muntah beramai-ramai..

KUALA LUMPUR 14 Julai - Mereka yang memakai baju kuning pada setiap Sabtu sebagai menurut gesaan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga boleh dianggap penderhaka.
Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, ini kerana Yang di-Pertuan Agong dengan jelas menitahkan supaya rakyat negara ini tidak menyertai perhimpunan haram jalanan.
"Mereka ini derhaka pada raja, tindakan ini jika diturutkan akan mengakibatkan rakyat negara ini ingkar kepada pemerintah khususnya Yang di-Pertuan Agong.
"Perlakuan penderhaka ini akan menghancurkan kedaulatan institusi diraja. Pada bila-bila masa sahaja mereka ini boleh memecahbelahkan umat Islam, meleraikan bangsa dan menghancurkan negara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Presiden Gerakan Belia 4B, Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, mereka yang turut serta dalam perhimpunan haram Bersih jelas ingkar kepada prinsip Rukun Negara.
"Terang-terangan mereka yang terlibat ini menderhaka titah Seri Paduka sedangkan rakyat Malaysia berikrar untuk taat setia kepada Raja dan Negara.
"Bukan sahaja ingkar, malah mereka yang terlibat telah mencetuskan satu momentum baru dalam menyemarakkan api perpecahan terutama dalam kalangan orang Melayu," katanya.

3 comments:

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts