Tuesday, 5 July 2011

Majlis Perkahwinan diraja Monaco

MONACO - Pemerintah Monaco, Putera Albert II dan Puteri Charlene berkahwin dalam majlis gilang-gemilang yang dihadiri oleh sejumlah selebriti antarabangsa dan anggota-anggota kerabat diraja dari beberapa buah negara di dunia kelmarin .
Putera Albert, 53, berkahwin dengan Charlene yang merupakan bekas perenang skuad Sukan Olimpik Afrika Selatan yang berusia 33 tahun.
Charlene memakai gaun rekaan Giorgio Armani Prive dengan rambutnya diikat dengan gaya Perancis serta mengenakan solekan yang tipis dalam majlis perkahwinan tersebut.
Bekas atlet itu memakai gelaran puteri selepas berkahwin dengan Putera Albert II.
Kali terakhir majlis perkahwinan diraja diadakan melibatkan kerabat diraja Monaco ialah pada tahun 1959 membabitkan aktres Hollywood, Grace Kelly.
Kelly berkahwin dengan bapa Putera Albert II, Putera Rainer III.
Majlis kelmarin turut dihadiri tetamu kenamaan termasuk bekas pelakon yang melakonkan watakJames Bond, Sir Roger Moore, Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy dan pereka fesyen, Roberto Cavalli dari Itali.
Ribuan rakyat Monaco gembira dengan perkahwinan tersebut.
Mereka menyaksikan majlis tersebut menerusi layar besar yang diletakkan luar halaman istana, di mana majlis diadakan.
Perkahwinan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana Charlene dikatakan mahu meninggalkan Putera Albert II beberapa hari sebelum kedua-duanya berkahwin.
Menurut beberapa khabar angin, Charlene dikatakan tidak selesa dengan sejarah silam Putera Albert II yang mempunyai beberapa anak luar nikah.
Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Thailand, Puteri Sirivannavari Nariratana, bekas isteri Shah Iran, Farah Pahlavi dan Putera Mahkota Bahrain, Prince Salman bin Hamad bin Isa Al Khalifa. - Agensi















sumber : kosmo


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts