Thursday, 14 July 2011

Adnan Yaakob : boleh kumpul 3 juta untuk sokong Najib di Facebook

Adnan Yaakob kata die boleh kumpul 3 juta orang untuk menyokong Najib di Facebook..





beliau membuat kenyataan itu berikutan page ''100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation'' dah melebihi sasaran..





RAUB, 14 Julai — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

“Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan . . ,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Beliau mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul lebih 100,000 suara rakyat mendesak Perdana Menteri berundur ekoran perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

“Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional,” katanya.


1 comment:

  1. kerajaan tak sepatutnya macam nie.. orang nak berhimpun dia nak berhimpun..orang nak bukak page dia pon nak jugak.. takkan lah....(pkir sendri)

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts