Wednesday, 13 July 2011

Berita Harian : Desak Najib letak jawatan di Facebook biadab

tersedak aku baca berita harian pagi ni (13 July 2011)
biadab ke, kurang ajar ke, aku peduli ape...?
kita rakyat Malaysia ada hak...
yang ko wartawan tak habis2 nak mengampu Najib...
Najib punya gaji pun rakyat yang bayar lagi banyak bunyi...
suka hati la nak suruh die letak jawatan.. 
sape yang tak tau, ni haa la PAGE TU
jom ''like'' ramai2...




petikan dibawah di ambil dari akhbar berita HAIRAN.. haha.. sila buat muka hairan..





KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal berkata kewujudan ‘fan page’ di laman sosial Facebook yang mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab. 

Katanya, tindakan berkenaan adalah antara usaha terbaru sesetengah pihak yang dipercayai didalangi oleh penyokong pakatan pembangkang supaya dapat mempengaruhi orang ramai agar percaya dengan propaganda bahawa rakyat kini sudah tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.
“Ini hanya sebagai helah untuk mempengaruhi orang supaya percaya dengan propaganda yang didalangi pakatan pembangkang selepas usaha mereka untuk mencetuskan huru-hara menerusi perhimpunan haram Sabtu lalu, tidak berjaya.

“Seperti biasa, mereka (pakatan pembangkang) akan memutar belit semua fakta yang ada. Mereka hanya sokong jika ia menguntungkan diri mereka saja tetapi mereka akan cepat melatah jika keadaan sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemaju Masyarakat Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) S27 Wilayah Persekutuan, di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Abdul Shukor Mahmod. 

Katanya, tidak ada sebab untuk Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan kerana melalui kepimpinan beliau, negara ini terus mengalami pembangunan pesat selain ia turut dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 

“Tidak ada sebab untuk desak beliau letak jawatan. Sejak mengambil alih kepimpinan negara, beliau sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan rakyat setiap hari. 
“Ini semua taktik jahat yang cuba dimainkan oleh mereka untuk memburukkan Perdana Menteri selepas banyak usaha yang mereka lakukan tidak berjaya. Bahkan, mereka juga takut dengan populariti Perdana Menteri yang semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat keseluruhannya berikutan kejayaan dalam beberapa siri pilihan raya kecil dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lalu,” katanya. 

Mohd Shafei yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata tindakan pakatan pembangkang dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu lalu memperlihatkan sikap mereka yang sebenar iaitu berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan bukan untuk rakyat seperti yang dilaungkan sebelum ini. 


6 comments:

  1. kesian2..nasib baik ada wartawan yang "prihatin".

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tak memasal dah tolong promote page tu mcm dia promote bersih hari tu.niat di hati nk memburukkan org + mengampu pemimpin..tak sedor pd masa sama dah terpromote pd org ramai yg dh mmg sakit ati dgn kerajaan.terima kasih la berita heran.
    hahahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  3. wak lu...pilihanraye yang diorang menang 2 sume pakai taktik kotor...that's why la BERSIH ni di tubuhkan,sebab nak pilihanraya umum akan datang ni bersih dari segala taktik kotor najib n UMNO 2uw..

    ReplyDelete
  4. Kata suruh rakyat nyatakan pendapat di ruang siber... dah tu tak boleh terima ker...

    ReplyDelete
  5. oii berita harian.. yg bagi komen ni rakyat bukan pembangkang... korang tau tak, rakyat dah sakit hati dgn perangai kerajaan... semua janji kosong je...

    ReplyDelete
  6. Fitnah dimana3 . Kalau dah muka bertalam2 tu bertalam2 jugak . Serabut telur je berita harian neh . =-="

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts