Wednesday, 13 July 2011

Menteri Kesihatan salahkan angin yang meniupkan tembakan gas ke Hospital





“Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital.” Itu penjelasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersabit bukti gambar dan video yang memaparkan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar danasap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan penjelasannya.



p/s : tak habis2 lagi nak bagi alasan bodoh.. dah salah tu mengaku je la, nak salahkan angin pulak.. belajar je tinggi2 tapi bodoh tak sudah.. 

2 comments:

  1. entahla...even kalau pihak hospital yg sahkan bahawa bkn salah pihak polis pn, mungkin ada penyelewengan di situ (duit kopi)..tp sekadar anggapan saja..

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts