Sunday, 17 July 2011

Najib: Demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil hanya helah

Najib yang membuat helah..
ayat dia ntah ape ape..
die cakap kalau tak suka kerajaan biar rakyat yang tentukan..
hahaha...gelak cepat...

eh Najib, ko nampak robot ke yang buat demo aritu...?



tu semua rakyat Malaysia la...
ko bercakap dari London, tapi ko tak sedar ke kat London tu pun org benci ko...
ko tak nak balik ke...?
tak malu...?
dah kena perli ko boleh wat muka tak bersalah lagi...
ko tak nampak ke orang berdemo kat London tu...?
ko ingat yang baca utusan pengampu ko ni bodoh ea..?
pengampu2 ko je yang bodoh...


petikan dari utusan meloya.... 
macam biasa la...
sila muntah beramai-ramai..
muntah je kat screen laptop korang..
muahaha...


LONDON 16 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan pada akhir lawatan rasminya ke United Kingdom (UK) bagi memperjelaskan kepada masyarakat Malaysia yang menetap di negara ini betapa perlunya kerajaan membendung demonstrasi jalanan demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.
Sambil menyatakan syukur kerana dapat mengawal demonstrasi haram jalanan di ibu negara Sabtu lepas, Najib menegaskan selaku Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab melindungi nyawa dan harta benda rakyat.
"Semua kerja keras membina negara sejak dahulu, jika dibiarkan akan musnah dan perlu diusahakan semula. Semuanya akan tewas," jelas beliau kepada kira-kira 300 rakyat Malaysia yang diraikan dalam majlis jamuan di sini malam tadi.
Katanya, sejarah panjang negara sejak merdeka menunjukkan wujud demokrasi di Malaysia dan ia sentiasa dipupuk seperti rancangan mahu memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan pilihan raya berjalan lebih baik dan bersih.
Beliau berkata, kemenangan pembangkang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lepas membuktikan pilihan raya di Malaysia diadakan secara adil dan demonstrasi jalanan tersebut kononnya bagi menuntut pilihan raya yang adil, hanya helah.
"Memelihara dan menjaga nyawa serta harta benda rakyat adalah tanggungjawab para pemimpin. Ia adalah ajaran Islam dan saya patuh kepadanya," kata Najib sambil menerima tepukan sokongan para hadirin.
Perdana Menteri mengulangi kenyataannya di Kuala Lumpur Ahad lepas bahawa pihak yang terus tidak berpuas hati perlu menunggu pilihan raya umum akan datang.
"Jika tidak suka kepada kerajaan, biar rakyat yang membuat keputusan. Saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri kalau tidak ada sokongan rakyat. Saya menjadi Perdana Menteri kerana disokong oleh rakyat, dan sebab itulah kita bekerja kuat untuk rakyat," katanya.
Najib turut memperjelaskan kepada rakyat Malaysia betapa pasukan polis tidak menyalah guna kuasa dalam menangani mereka yang ditahan dalam demonstrasi itu untuk siasatan.
"Mereka diberi layanan baik, diberi bufet, ada ruang solat dan tempat duduk, sedangkan ada anggota polis yang bertugas hanya makan nasi bungkus,'' katanya.
Pada pertemuan itu Perdana Menteri turut menjelaskan hasil lawatan rasmi beliau ke UK. - Mingguan


huwarghhhh
mengantok aku baca...





1 comment:

  1. hahahahhaa... ape ke burok bebenor sedara mara rosmah mansor nie.. hahahaha

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts