Tuesday, 26 July 2011

Utusan: Pas cukup profesional bohongi rakyat

melampau la kerajaan ni.
dorg cakap mat sabu putar belit dan ckp dilanggar proton waja selepas video polis dikeluarkan.
sebenarnye mat sabu dah bgtau awal2 lagi yg beliau dilanggar proton waja.
sebelum polis keluarkan video bodoh tu.

tengok video bawah ni kat youtube..
tengok tarikh diupload..
sebelum tarikh polis keluarkan video tu lagi..
dengar mat sabu ckap dia dilanggar proton waja.






tapi harini kita semua ada baca kat utusan zahid hamidi kata mat sabu menipu
dan membuat kenyataan dilanggar proton waja selepas polis keluarkan video..

sape yang menipu...?
ni aku bg bukti...
kalau tak dapat nak nilai lagi aku tak tau la korang ni darah jenis ape.
haha


petikan dari utusan meloya.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.
"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.
"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.
Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan.
Ditanya mengenai tindakan Mohamad menukar pendirian itu bererti dia mempercayai bukti dari rakaman video, sekali gus berbeza pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menganggap video sekadar besi, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu campur dalam soal itu.
"Soal antara Mat Sabu dan Hadi Awang saya tidak mahu campur, itu urusan parti berkenaan. Apa yang penting, saya minta masyarakat menilai siapa yang bercakap benar dalam isu ini dan berilah sokongan kepada parti yang terbukti memerintah dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mempunyai rakaman video mengenai pelbagai bentuk lakonan oleh pemimpin politik pembangkang ketika mereka menyertai demonstrasi Bersih dan berjanji akan mendedahkan pada masa yang sesuai.
Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ia bermakna Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai rakaman video tersebut, beliau sekadar berkata: "Saya tidak kata ATM, saya kata kita juga mempunyai video berkenaan, ia diserahkan oleh rakan-rakan dan orang awam."

2 comments:

  1. amy singgah sini dari blog sinar raudah , salam kenal dan follow blog kamu , jemput ke sinar raudah ye. happy blogging..

    ReplyDelete

thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts