Wednesday, 1 June 2011

Gambar-gambar menyedihkan


Starving boy in Africa. Lihatlah tangan budak ni. Hanya kulit yang membaluti tulang. Tak ada isi langsung..sukar dibayangkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka di sana.
Palestine Father Saving Son : Muhammand al-Durrah, 12 tahun ditembak mati oleh askar Israel. Bapa budak ni, yang cuba melindungi anaknya turut ditembak sama. Video dirakam live oleh dua org France cameraman. Rasa nak nangis bila tengok gambar ni.
Seorang kanak2 Sudan yg sedang kelaparan, diperhatikan oleh seekor burung helang pemangsa. Tiada siapa yg tahu apa yg terjadi kpd kanak2 ini.


Mangsa tahanan di penjara Abu Ghraib bukan sahaja didera dan dibogelkan, malah diperlakukan seperti binatang.


Seorang kanak2 pelarian Afghanistan sedang berlindung di sebalik ribut pasir. Mata rasa pedih bila menatap lama gambar ni. Rasa  sedih sangat.


Kanak2 di timur Nigeria yg menderita penyakit kwashiorkor, penyakit yg menyebabkan tulang dan otot badan mengecut akibat kekurangan protein. Ini akibat dari krisis makanan di Nigeria.


Boston Fire: kanak2 terjun dari bangunan utk menyelamatkan diri.


Burial of an unknown child: Gambar ini menunjukkan kesan terburuk daripada kecelakaan industri, berpunca drp US multinational chemical company, Union Carbide.


Seorang rahib membakar dirinya sbg protes kpd penindasan oleh kerajaan Vietnam


Gambar ini memenangi Pulitzer prize dirakamkan oleh Eddie Adam menunjukkan Nguyen Ngoc Loan, seorang polis kerajaan Vietnam sedang menembak seorang tahanan gerillaViet Cong


Seorang mayat kanak2 12 tahun yg ditembak dalam peperangan Apartheid di Afrika Selatan sedang diangkat oleh seorang pelajar ketika satu demonstrasi bantahan diadakan.


Org2 Yahudi yg ditembak mati oleh tentera Nazi dikebumikan dalam sebuah perkuburan besar.


Dua org kulit hitam digantung dihadapan 10000 org kulit putih pd tahun 1930.


Gambar ini paling menyentuh hati. Bayangkan kanak-kanak ini berlari ketakutan dikejar oleh askar2 di belakang mereka. Malah, seorang kanak2 berlari dlm keadaan berbogel. Gambar dirakan ketika perang Vietnam.


Gambar ketika perang Palestine.


Amalan dasar apartheid di Afrika Selatan. Bekalan air diasingkan.


Gambar mayat Tsunami di Aceh.

10 Gambar Terbaik yang memenangi anugerah dalam pertandingan Foto Sedunia 2011

Statik dalam dimensi masa, panorama-panorama indah di langit malam-seperti yang dilihat dari bumi, kelihatan terlalu menakjubkan untuk dipercayai. Tetapi, 10 gambar di bawah ini sebenarnya adalah imej yang dirakam sendiri oleh jurugambar,bukan direka cipta menggunakan perisian tertentu-dan telah dinobatkan sebagai foto paling menakjubkan yang pernah dirakam sepanjang tahun lepas.

Pertandingan itu, the Best Night-Sky Pictures 2011, telah dianjurkan oleh organisasi; The World At Night dan telah memperlihatkan kepada kita betapa indahnya planet bumi ini ketika matahari sudah terbenam, dan bulan pula menghadirkan diri.

Berikut antara foto-foto tersebut:

Aurora Borealis: Gambar cahaya menakjubkan ini dirakam oleh seorang jurugambar, Stephane Vetter  di Tasik Jökulsárlón, Iceland. Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. Gambar ini memenangi hadiah utama kategori Beauty of The Night Sky. 

 Swaying in the wind: Gambar ini dirakam oleh seorang jurugambar Iran, Mehdi Momenzadeh memperlihatkan keindahan bintang-bintang Milky Way di langit Isfahan, Iran. Gambar ini memenangi tempat kedua dalam kategori 'Against the Light.'


Stunning: Lagi gambar daripada  Mehdi Momenzadeh yang turut memenangi anugerah yang sama.


 Bright skies: Gambar ini dirakam oleh jurugambar, Ben Canales yang memperlihatkan gugsan awan kuning di atas landkap Oregon. Gambar ini memenangi tempat ke-5 kategori 'Against the Light.'


 Magnificient: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Grant Kaye yang memenangi tempat ke-5 kategori Beauty of the Night Sky. Ia memperlihatkan lingkaran cahaya bintang di langit dan tasik makhluk asing yang dirakamkan di Tasik Mono, California.


 Picturesque: Dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-3 kategori Beauty of the Night Sky. Memperlihatkan jalur cahaya Milky Way yang melengkung di atas gunung berapi Piton de la Fournaise, Reunion Island


 Mountains and valleys: Keindahan banjaran Alps di waktu malam ini dirakam oleh jurugambar, Thomas Kurat di Tasik Traunsee, Austria. Gambar ini memenangi tempat pertama kategori Against the Light.


 The Great Wall at Night: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Xiaohua, memperlihatkan bagaimana ruang angkasa boleh dilihat dari Tembok Besar China.


 On the horizon: Gambar bertajuk 'Lisbon Sky Lights' ini dirakam oleh jurugambar, Miguel Claro dan memenangi tempat ke-3 kategori Against the Lights.


'Venus Above Reunion Island': Gambar menakjubkan ini dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-4 kategori Against the Lights.

Aksi-Aksi seorang Fotografer..



 


 
 

 
 
 
 
 
 
 

Lelaki ini Menang Anugerah Lelaki Paling Hodoh..

Seorang lelaki Zimbabwe mengalahkan 15 peserta yang lain bagi memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly 2011.

Austin Mbewe (tengah) selepas dinobatkan sebagai Mr. Ugly 2011

Akhbar tempatan melaporkan Austin Mbewe, 30, dari Bulawayo memenangi 1,200 rand Afrika Selatan (AS$173) pada pertandingan yang diadakan di pekan Beitbridge.

“Saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya dipetik selepas memenangi pertandingan tersebut.

“Selama ini saya sering diejek sejak kecil lagi kerana hodoh, kini dunia melihat di sebalik kehodohan ini ada keindahan,” katanya.

10 Selebriti paling berpengaruh di Dunia

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, penyanyi Lady Gaga dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia pada tahun 2011 mengetepikan jutawan media, Oprah Winfrey. 


Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, naik empat anak tangga ke kedudukan teratas senarai tahunan '100 selebriti paling berpengaruh Forbes 2011', yang mengukur penguasaan penghibur berdasarkan pendapatan, liputan media serta populariti dalam media sosial.

Pendapatan penyanyi wanita itu dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan sebanyak AS$90 juta (RM270 juta), selain mempunyai 32 juta pengikut di Facebook dan 10 juta di Twitter.

"Lady Gaga menewaskan Winfrey tahun ini kerana dia sangat berpengaruh dalam media sosial. Dia menggunakan Twitter dan Facebook untuk mengubah dirinya menjadi satu kegilaan sehingga boleh menjual berjuta-juta unit album dan mendapat liputan media.

"Dia merupakan contoh terbaik bagaimana selebriti boleh menguruskan kerjaya mereka pada tahun-tahun akan datang," kata penyunting Forbes, Dorothy Pomerantz.




Winfrey, pengacara rancangan temu bual terkenal The Oprah Winfrey Show yang sudah ditamatkan siarannya baru-baru ini selepas 25 tahun ditayangkan, berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan AS$290 juta (RM870 juta).

Penyanyi remaja Kanada, Justin Bieber muncul selebriti paling muda berada dalam senarai itu di tempat ketiga dengan pendapatan AS$53 juta (RM159 juta) hasil daripada konsert dan filemnya Never Say Never.

Berikut merupakan senarai lengkap 10 Selebriti Paling Berpengaruh di Dunia Pada 2011:
  1. Lady Gaga
  2. Oprah Winfrey
  3. Justin Bieber
  4. Kumpulan U2
  5. Elton John
  6. Tiger Woods
  7. Taylor Swift
  8. Kumpulan Bon Jovi
  9. Simon Cowell
  10. LeBron James


Kreatif..!

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art

street art



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts